Sunday, December 6, 2009

sungguh tidak ku sangka

Beginilah berakhirnya kisahku…memang tidak ku sangka akhirnya inilah yang terjadi..

Perkara yang selama ini aku takut tapi berlaku juga akhirnya. Betapa aku berusaha untuk mempertahankan tapi hasilnya tetap juga akan berlaku.

Inikah yang dinamakan takdir???

Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza. Semuanya sudah tertulis, hanya kita yang menentukan jalan mana yang hendak kita ikuti.

Kalau sudah ini ketentuanNya, aku redha dengan ketentuan itu. Walaupun ia terlalu berat untuk aku menerimanya tapi itu semua aku anggap sebagai ujian untuk menjadikan diri ini lebih matang dan menilai segala kekurangan yang ada pada diri.

Aku sedar bahawa diri ini terlalu banyak kekurangan namun aku akan berusaha untuk menjadikan kekurangan itu sebagai kekuatanku untuk membuat perubahan yang positif. Perubahan yang boleh membanggakan diri dan keluarga.

Masa lalu memang cukup indah buat aku, akan aku jadikan sebagai kenangan yang sangat bermakna buat diri ini. Betapa sukar untuk aku melakukannya tetapi aku harus merelakan juga.

Aku tak tahu di mana silapnya diri ini???

Lirik lagu membuatkan aku cukup faham akan maksudnya tapi….hah!kenapa harus ini terjadi???

Apa yang harus aku lakukan selepas ini???

Semuanya berakhir begitu sahaja….

Memang sungguh tidak ku sangka….

No comments: