Saturday, December 5, 2009

kesedihan melanda

Sungguh tidak disangka, akhirnya terjadi begini...

Bukan ini yang aku pinta tp kalau sudah itu ketentuanNya, aku terima dgn redha.

Anggap sahaja ini adalah ujian dari yang Maha Kuasa. Kerana Dia mengetahui segala apa yg berlaku di dunia dan di akhirat. Sebagai hambaNya perlu bersabar dgn segala dugaan dan rintangan yang mendatang kerana ini mendekatkan diri kita dgn yang Maha Esa.

Masalah yang melanda menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi segala permasalahan yang mendatang. Masalah juga yang membuatkan kita lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

TETAPI????

Kenapa orang suka lari dr menghadapi masalah???

Hanya kerana tidak mahu memikirkan masalah tersebut kerana masalah itu hanya membebankan kepala.

Jangan terlalu singkat berfikir. Tanpa masalah hidup kita tidak bermakna. Allah s.w.t ciptakan otak untuk berfikir jadi, gunakanlah otak tersebt untuk berhadapan dengan masalah serta menyelesaikannya secara rasional.

Kesedihan yang melanda perlu dikongsi bersama agar beban itu terasa kurang. Ceritakanlah apa yang menyebabkan kesedihan itu melanda. Jangan disimpan di dalam dada kerana itu mambuatkan diri kita tertekan dengan bebanan. Apa gunanya sahabat yang rapat, yang memahami, dan yang boleh menyimpan segala rahsia???sekiranya bebanan itu tidak dapat diceritakan dengan ibubapa kita, sahabat merupakan orang kedua tempat untuk meluahakan masalah. Tapi biarlah sahabat itu boleh dipercayai, jangan sebarangan meluahkan masalah terhadap sahabat yang kurang dipercayai kerana itu akan memakan diri sendiri.

Janganlah tanggung beban itu sendiri kerana ia akan membinasakan diri sendiri. FIKIRKANLAH.....

No comments: