Raya aidiladha datang lagiiiii…..!!!!!!!!!!!!
Tahun lepas saya beraya di semenanjung tapi kali nie saya dapat beraya di kampong halaman sendiri. Memang jauh berbeza bila beraya dengan family…kali nie sume family datang riuh rumah nenek dibuatnya.
Seperti biasa juga laaaa…..saya jadi tukang masak soto ayam tapi kali nie saya bukan je masak soto ayam tapi soto daging pun saya masak juga…huh! Nie la pertama kali saya masak soto daging. Alhamdulillah la juga…soto daging xjuga bau malah sedap lagi…terima kasih chef ashraf…jangan kembang ye…nanti pintu rumah xmuat untuk ko hehe….
Sepatutnya malam tu mlm family meeting tapi sebab kenyang dengan soto & kuih yang saya masak, apa lagi meeting pun xjadi la…tambahan pula mlm tu juga episode last Nur Kasih lagi la…meeting xleh dibuat. Hah! Nie la kelainannya family saya..bukan setakat org bekerja je yang ada meeting, family saya pun ada meeting juga tauuu…..famili meeting nie adalah sebagai tempat untuk sume pak cik, mak cik, bapa, mama, & nenek meluahkan segala-galanya supaya sumenya tidak terbeban dalam kepala yang boleh meyakitkan jiwa…segala nasihat & pendapat diutarakan dan diambil ikhtibar bersama supaya dapat perbaiki lagi kelemahan serta kesilapan yang pernah berlaku tidak akan berulang kembali…bukan setakat pendapat org yang lebih tua dr kami je yang didengar malah pendapat serta luahan dari kami sebagai cucu dan anak juga mereka sedia mendengar..nie la kelebihan family saya…
Raya pertama xdpt buat meeting tapi akhirnya meeting Berjaya juga dibuat pada raya kedua. Meeting bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 1.00 pagi, memang satu sesi meeting yang agak panjang tapi kami semua hapie sbb meeting tu tidaklah terlalu tegas malah santai je…dalam ketegasan terselit kelucuan.
Dalam meeting tu…kami sebagai anak mereka ditekankan agar menjaga akhlak, keakraban antara sepupu, & berusaha mencapai kejayaan. Ada juga terselit berkaitan tentang perasaan. Bila bercerita tentang perasaan nie…timbul kelucuan di sini tapi dalam kelucuan itu terselit nasihat yang cukup bermakna buat kami.
Saya cukup bersyukur pada Allah s.w.t kerana mendapat sebuah family yang terlalu perihatin terhadap anak2nya walaupun kami ini sepupu tapi kami merasakan kami sume adalah adik beradik seibu dan sebapa. Kami langsung tidak dibeza-bezakan, semuanya samarata di pandangan mata mereka. Sekiranya anak buah melakukan kesalahan, mereka tidak teragak-agak untuk memarahi. Hal ini kerana, bagi mereka tiada istilah anak buah hanya yang ada istilah anak kandung mereka sendiri.
I LOVE MY FAMILY……!!!!!!(tetiba pla ayat skema hehe….)


No comments:
Post a Comment