haaaa......yg nie pla majlis daerah kota belud. blh dikatakan center of Kota belud la....hehe
fare balik sabah nie pun sbb emergency. fare nak buat medical treatment. pinggang blkg nie sakit je... blm tua lg da sakit pinggang hehe.... hope everything is fine... kat sini fare sampai buat urin test & fisioterapi lg huhu....tapi xjg baik2 lg... kira2 nak balik bln 2, time cuti mid term tapi famili suru balik skrg
meja nie tmpt fare lepak dgn kwn2 bila time nak balik
nie surau tmpat pelajar semtasi solat
hah!jambatan nie pla tmpt fare selalu kacau org hehe
nie pun tmpt lepak fare juga...mak aiiii...!!!byk juga tmpt fare lepak rupanya hehe
haaaaaaaaaa!!!!!!!nie la lambang sklh fare
tingkap cermin hitam tu...kelas fare selama 3 tahun berturut2.
ada kisah disebalik 3 tahun tu huhu
nie pla stage semtasi. tmpat fare lepak juga time rehat
nie pla kawasan perhimpunan. fare masih igt lg..fare pernah teriak dr sini suru pljr turun berbaris cepat biasa la...penolongan ketua pelajar kena tegas sikit hehe
nie pla taman refleksologi semtasi
nie pla kolam taman refleksologi semtasi
tu la sekolah fare....selama 8 tahun fare kat sekolah tu...
banyak juga kisah fare kat sekolah nie...
kenangan pahit & manis dgn kawan2 & cikgu2 kat sekolah nie fare rindu suasana sekolah dulu....
kali nie....fare xdpt join annual camp sepenuhnya huhu.....sbb masalah kesihatan...
sedih sgt2....da 10 hari bersama-sama dgn skuad tapi bila tiba masanya saya just dduj kat umah & balik sabah utk buat pemeriksaan kesihatan selanjutnya...
da la semlm buat kali keduanya saya diserang sampai buat saya menangis huh! betapa sakitnya time tu...hanya Allah je yang tahu penderitaan nie...
apa2 pn...kalau fare nak teruskan palapes nie...kesihatan itu fare perlu utamakan dulu...sekiranya semua berada dlm keadaan baik fare akan teruskan palapes nie...tp kalau tidak m'izinkan, fare terpaksa merelakan hati utk melepaskan palapes nie....:(
Aku semakin tidak memahami. Apa sebenarnya yang diinginkan???
Sakit kepala memikirkannya..kalau xdifikirkan nnti xdpt time mlm xdpt tido pla! Kalau difikirkan buat sakit kepala huhu…..
Jangan la mcm nie…tertekan btl la…..
Apa yang diinginkan sebenarnya???please la….nak pecah kepala da nie…tp xpecah lagi la….hehe..
Alahai….dengar lagu Hindustan nie buat aku makin dibuai perasaan lagi…huh!layan je la….kalau menangis pun apa blh buat juga…hah!sapa yang patut bertanggungjawab dgn airmata tu???huhu…..sakit hati ini bagai dihiris sembilu…sesak nafas ini bila ku mendapat tahu…tahu apa???apa yang diinginkan???hish3….apa jugalah yang diinginkan nie….???sume org pun tertanya-tanya…….
Bila da dapat tahu baru la lega rasanya….kan bagus kalau kita menerangkan apa sebenarnya yang kehendaki, tidak juga la org tertanya-tanya….nie x asyik mendiamkan diri je….da tu menyusahkan org pla huhu…perangai apa la tu…kalau xnak org tahu, jangan menyusahkan org..nie ckp xnak menyusahkan tapi sebenarnya menyusahkan huhu….
Tgk fare da mula marah da….marah kat sapa ye…???
Sapa2 yang terasa hehehe….xde la….sesi luahan je nie…
Tahun lepas saya beraya di semenanjung tapi kali nie saya dapat beraya di kampong halaman sendiri. Memang jauh berbeza bila beraya dengan family…kali nie sume family datang riuh rumah nenek dibuatnya.
Seperti biasa juga laaaa…..saya jadi tukang masak soto ayam tapi kali nie saya bukan je masak soto ayam tapi soto daging pun saya masak juga…huh! Nie la pertama kali saya masak soto daging. Alhamdulillah la juga…soto daging xjuga bau malah sedap lagi…terima kasih chef ashraf…jangan kembang ye…nanti pintu rumah xmuat untuk ko hehe….
Sepatutnya malam tu mlm family meeting tapi sebab kenyang dengan soto & kuih yang saya masak, apa lagi meeting pun xjadi la…tambahan pula mlm tu juga episode last Nur Kasih lagi la…meeting xleh dibuat. Hah! Nie la kelainannya family saya..bukan setakat org bekerja je yang ada meeting, family saya pun ada meeting juga tauuu…..famili meeting nie adalah sebagai tempat untuk sume pak cik, mak cik, bapa, mama, & nenek meluahkan segala-galanya supaya sumenya tidak terbeban dalam kepala yang boleh meyakitkan jiwa…segala nasihat & pendapat diutarakan dan diambil ikhtibar bersama supaya dapat perbaiki lagi kelemahan serta kesilapan yang pernah berlaku tidak akan berulang kembali…bukan setakat pendapat org yang lebih tua dr kami je yang didengar malah pendapat serta luahan dari kami sebagai cucu dan anak juga mereka sedia mendengar..nie la kelebihan family saya…
Raya pertama xdpt buat meeting tapi akhirnya meeting Berjaya juga dibuat pada raya kedua. Meeting bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 1.00 pagi, memang satu sesi meeting yang agak panjang tapi kami semua hapie sbb meeting tu tidaklah terlalu tegas malah santai je…dalam ketegasan terselit kelucuan.
Dalam meeting tu…kami sebagai anak mereka ditekankan agar menjaga akhlak, keakraban antara sepupu, & berusaha mencapai kejayaan. Ada juga terselit berkaitan tentang perasaan. Bila bercerita tentang perasaan nie…timbul kelucuan di sini tapi dalam kelucuan itu terselit nasihat yang cukup bermakna buat kami.
Saya cukup bersyukur pada Allah s.w.t kerana mendapat sebuah family yang terlalu perihatin terhadap anak2nya walaupun kami ini sepupu tapi kami merasakan kami sume adalah adik beradik seibu dan sebapa. Kami langsung tidak dibeza-bezakan, semuanya samarata di pandangan mata mereka. Sekiranya anak buah melakukan kesalahan, mereka tidak teragak-agak untuk memarahi. Hal ini kerana, bagi mereka tiada istilah anak buah hanya yang ada istilah anak kandung mereka sendiri.
I LOVE MY FAMILY……!!!!!!(tetiba pla ayat skema hehe….)
Beginilah berakhirnya kisahku…memang tidak ku sangka akhirnya inilah yang terjadi..
Perkara yang selama ini aku takut tapi berlaku juga akhirnya. Betapa aku berusaha untuk mempertahankan tapi hasilnya tetap juga akan berlaku.
Inikah yang dinamakan takdir???
Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza. Semuanya sudah tertulis, hanya kita yang menentukan jalan mana yang hendak kita ikuti.
Kalau sudah ini ketentuanNya, aku redha dengan ketentuan itu. Walaupun ia terlalu berat untuk aku menerimanya tapi itu semua aku anggap sebagai ujian untuk menjadikan diri ini lebih matang dan menilai segala kekurangan yang ada pada diri.
Aku sedar bahawa diri ini terlalu banyak kekurangan namun aku akan berusaha untuk menjadikan kekurangan itu sebagai kekuatanku untuk membuat perubahan yang positif. Perubahan yang boleh membanggakan diri dan keluarga.
Masa lalu memang cukup indah buat aku, akan aku jadikan sebagai kenangan yang sangat bermakna buat diri ini. Betapa sukar untuk aku melakukannya tetapi aku harus merelakan juga.
Aku tak tahu di mana silapnya diri ini???
Lirik lagu membuatkan aku cukup faham akan maksudnya tapi….hah!kenapa harus ini terjadi???
Sungguh tidak disangka, akhirnya terjadi begini...
Bukan ini yang aku pinta tp kalau sudah itu ketentuanNya, aku terima dgn redha.
Anggap sahaja ini adalah ujian dari yang Maha Kuasa. Kerana Dia mengetahui segala apa yg berlaku di dunia dan di akhirat. Sebagai hambaNya perlu bersabar dgn segala dugaan dan rintangan yang mendatang kerana ini mendekatkan diri kita dgn yang Maha Esa.
Masalah yang melanda menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi segala permasalahan yang mendatang. Masalah juga yang membuatkan kita lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
TETAPI????
Kenapa orang suka lari dr menghadapi masalah???
Hanya kerana tidak mahu memikirkan masalah tersebut kerana masalah itu hanya membebankan kepala.
Jangan terlalu singkat berfikir. Tanpa masalah hidup kita tidak bermakna. Allah s.w.t ciptakan otak untuk berfikir jadi, gunakanlah otak tersebt untuk berhadapan dengan masalah serta menyelesaikannya secara rasional.
Kesedihan yang melanda perlu dikongsi bersama agar beban itu terasa kurang. Ceritakanlah apa yang menyebabkan kesedihan itu melanda. Jangan disimpan di dalam dada kerana itu mambuatkan diri kita tertekan dengan bebanan. Apa gunanya sahabat yang rapat, yang memahami, dan yang boleh menyimpan segala rahsia???sekiranya bebanan itu tidak dapat diceritakan dengan ibubapa kita, sahabat merupakan orang kedua tempat untuk meluahakan masalah. Tapi biarlah sahabat itu boleh dipercayai, jangan sebarangan meluahkan masalah terhadap sahabat yang kurang dipercayai kerana itu akan memakan diri sendiri.
Janganlah tanggung beban itu sendiri kerana ia akan membinasakan diri sendiri. FIKIRKANLAH.....
mmmm.....nie kisah hidup manusia yang xpernah surut dari masalah. Ada je masalah yg datang. Lepas 1, 1 lg datang..kepala nie blh dikatakan berfikir untuk 24 jam tanpa henti. Kalau xfikir nnti makin menjadi-jadi pla...so, baik masalh nie difikir cara penyelesaiannya drpd lari dr masalah yg xde mendatangkan hasil yang memuaskan yang ada Cuma sakit hati je huhu...bahaya tau kalau dapat penyakit sakit hati nie...so, jagalah kesihatan anda semua....ceh waaaa!!!!promosi nie....hehehe
sungguh xdiduga...kebahagian yang dikecapi bersama boleh hancur dlm sekelip mata. Hanya kerana masalah kecil sahaja diperbesar-besarkan. Masalah kecil yang blh dibawa musyawarah, tidak dibawah musyawarah. Bila da masalah tu makin berlarutan baru la dibuat musyawarah. Waktu itu semuanya menjadi lain..apa nak pun, saya sendiri pun xtahu huhu...
bila sudah fighting bermula segala2nya diciterkan..benda yang xbetul pun diciterkan juga..huhu....manusia2...gara-gara nak bela diri sanggup buat apa sahaja. Kalau terpaksa membuang org yang kita sayang pun sanggup jadinya bile ingin menyelamat diri dari masalah. Bak kata pepatah “gajah sebelah rumah dpt dilihat tapi anak rusa depan mata pla yang xtahu kisahnya mcm mana” huhu.....
bilalah perkara ini selesai????
Dimanakah kebebasan yang sepatutnya burung2 itu miliki???huhu.....
Pa kes nie??????
Huhu...napa la zaman sekarang nie...ada org xsedar diri langsung!!!!huhu.....
Sedar diri la sikit....jangan nak mengada2...
Apa kes pla!da nama milik org jgn la dikacau, ini nak juga dijolok sarang tebuan tu....huhu...MEMANG XSEDAR DIRI LANGSUNG
Semuanya nak ditanya, tanya itu, tanya ini....apa saya nie kaunter pertanyaan ke???huhu....
Akhirnya sampai juga saya di kampung halaman yang gercinta nie...
Waaa......keesokkan paginya terus p suru adik ambil mangga buah sambal mangga....marvelous! mmng sdap gilerrrrr.....hilang juga rindu nak makan mangga....
Da dua hari saya kat umah nie...mmm....mmng balas dendam tido btl!!!
Apa taknya...kalau kat hostel nie..tido langsung xcukup huhu...kat umah nie la saya dpt balas dendam tido..mmng best gileerrr bila dpt tido puas...
Masa sampai kat umah..saya cium la pipi mama..mama pla peluk saya, bestnya kena peluk oleh mama...bila mama peluk, mama ckp saya makin kurus pastu badan pla sekeping huhu...nak buat mcm mana juga...da mcm tu hakikatnya...tapi yang peliknya saya mkn tengahari & mkn mlm juga tapi tetap juga nampak kurus...huhu...sedeynyeeee......
Bila timbang berat badan pla..mmng turun gilleeerrrr....kalau sebelum nie 44kg turun p 38kg...huhu...nak buat mcm mana lg nie...????stress pasal belajar ke nie....???
manusia biasa yg berasal dr sebuah daerah kecil d Sabah iaitu Kota Belud. Menetap d sebuah desa permai, Kampung Tamau yg nyaman. Anak sulung kepada pasangan guru. Kehidupan yg sederhana bersama keluarga tercinta